~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Friday, March 21, 2008

Cerpen: Mulakan yang Terhenti

Cerpen cinta ini telah disampaikan oleh saudari Eira Riena

Sejarah silam tidak dapat aku lupakan. Roy telah meracuni hidup aku. Adakah lelaki itu semua jahat dan kejam? Adakah kaum wanita sering menjadi mangsa. Mungkin salah kaum wanita kerana tidak berfikir menggunakan akal. Tetapi kenapa kaum lelaki sering melukai kaum wanita. Apakah mereka tidak mengetahui pahala dan dosa? Andai kata nasib sepertiku menimpa kepada ahli keluarga lelaki tersebut,bagaimana? Mengapa mereka tidak berfikir begitu? Patutkah kaum wanita ditindas dengan begitu kejam? Merosakkan gadis-gadis yang wujud di muka bumi Tuhan…? Ah..! nasi sudah jadi bubur. Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.

Hari-hari aku seakan-akan gelap. Aku tidak dapat melihat dunia ini memiliki cahaya. Oh Tuhan, berikanlah aku sinar cahaya dan hidayahmu. Aku meneruskan perjuangan aku untuk terus hidup. Membina hidup baru dengan lebih bermakna. Lelaki? Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Mungkin lebih aman aku hidup begini. Tidak perlu memikirkan masalah lain.

Aku sering ke pantai apabila mempunyai masa lapang. Di situ aku sering kenangkan kembali kisah-kisah silam yang aku memang tidak mampu lupakan. Petang itu angin bertiup kencang. Tudung yang aku simpulkan dengan gaya ala-ala wardina ditiup angin mengikut rentak tiupan angin. Sapu tangan yang seringku bawa sentiasa di dalam peganganku. Sejak di bangku sekolah aku memamg gemar membawa sapu tangan. Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana. Sebab itu sapu tangan sentiasa berada dalam peganganku.


Angin yang kencang itu telah membuatkan sapu tangan aku itu terlepas dari peganganku. Aku berlari untuk mendapatkannya. Tiba-tiba aku tersungkur kerana terpijak kain baju kurung yang aku sarungkan ke tubuhku. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di depanku. Ah! Malunyaaa….!! Aku cepat-cepat membetulkan kedudukan aku.

“Jauhnya lari? Nah, sapu tangan awak” entah siapa gerangannya memulangkan sapu tangan aku tersebut.

“Terima kasih….” Aku mengucapkan dengan penuh ikhlas sambil tertanya-tanya siapakan jejaka kacak yang ala-ala ‘Chinese look’ itu. Fasih pula dia cakap Melayu.

“Just call me Daus….” Laki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh.

“Firdaus?” Aku menyoal kembali.

“Wah, pandai juga awak meneka nama saya ye?” Lelaki itu seolah-olah memerliku.

“la… Melayu ke… Aku ingat Cina tadi” Bisik hati kecilku.

Aku terbaring di atas katil yang empuk di dalam bilikku. “Just call me Daus” Tiba-tiba aku tersentak. La…mimpi rupa-rupanya. Aku terus bangkit dari katil dan bersiap untuk ke pejabat. Hari itu aku ada ‘meeting’ dengan klien dari China berkenaan dengan lukisan grafik yang telah menarik perhatianku untuk menjadikan syarikatnya sebagai salah satu syarikat kongsi di syarikat aku.

Setibanya di bilik mesyuarat semua ahli lembaga sudah bersedia. Tiba-tiba mataku memandang tepat ke wajah seorang lelaki dengan penuh terkejut. Setelah habis mesyuarat tersebut aku bertemu dengan jejaka itu.

“Have we meet this before?” aku menyoalnya.

“Rasanya ini pertemuan kita yang pertama Encik Farina” kenapa muka laki ni macam muka laki dalam mimpi aku huh? Pelik-pelik…

“Terima kasih kerana sudi menjadi salah satu rakan kongsi di syarikat kami Encik Firdaus…” eh,apasal aku panggil dia Firdaus…?

“Rasanya saya tidak bagi tahu nama saya lagi. Macam mana Encik Farina tahu ye?” Tanya Firdaus kehairanan.

“Oh, tadi assistant saya bagi tahu” Aku mencari alasan untuk menetupi ‘kesalahan’ aku itu.

Sekali lagi insan bergelar lelaki muncul dalam hidupku saat itu. Sejak hari itu kami menjadi mesra. Mungkin kerana aku telah melantik dia sebagai pereka grafik di syarikat aku.

“Aku ingin menjadi pasangan hidupmu, Rina….” Setelah 2 tahun kami bekerja di bawah bumbung yang sama Firdaus melafazkannya.

“Maaf Fir, aku tak mahu dilukai sekali lagi. Dan engkau pasti menyesal memilihku untuk menjadi temanmu”. Entah kenapa dengan tenang aku menerangkannya dan terasa hangat air mataku membasahi pipiku.

“Rina, aku dipertemukan dengan kau bukan kerana aku ingin bertemu dengan kau. Tetapi semua ini telah ditentukan oleh Tuhan, Rina”

“Tapi Fir, kau tak faham!” Tiba-tiba suaraku meninggi dan Firdaus memandang tepat ke anak mataku dengan penuh serius.

“Apa yang aku tidak faham tentang kau Rina? Kenapa? Kau masih teringat kisah silam kau? Lupakan Rina… Past is past… How about your future?”

Hah! Apa yang dia tahu tentang kisah silam aku?

“Sejak pertama kali aku melihat kau hanya satu yang bermain dalam fikiran aku. Kau milikku…”

“Apa maksud kau Fir?”

“Roy… dia bukan sengaja meninggalkan kau begitu Rina, Roy tu abang sepupu aku. Aku tahu segala-galanya tentang kalian. Sebelum Roy memejamkan matanya dia berpesan kepadaku untuk mencari kau. Dia amat menyayangi kau Rina. Teramat sangat. Dia memohon maaf darimu kerana tidak dapat menjadikan kau teman hidup semati dengannya”

“Tapi kenapa Fir? Kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku? Apa dah jadi dengan Roy?” Hatiku menjadi resah.

“Roy menghidap barah hati. Dia terpaksa menghilangkan diri. Dia tidak mahu kau mengetahui kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kau dan dia berpesan kepadaku untuk menjaga kau, Rina”

Ya, Allah… ampunkan la dosaku kerana telah menyalah anggap tentang orang yang pernah mendiami dalam hatiku ini. Cucuri rahmat ke atas rohnya”

Sejak hari itu aku mula rasa tenang menjalani kehidupan seharian aku. Roy, kau sungguh baik sekali. Semoga kau tergolong dalam golongan yang mulia ye. Harap-harap kita akan bertemu lagi dan memulakan apa yang telah terhenti suatu ketika dahulu. I love you!”

No comments: