~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Thursday, December 27, 2007

Kedudukan Hadith Tuntutlah Ilmu Walau ke Negeri China

- حديث: ((اطلبوا العلم ولو في الصين))
حديث: ((اطلبوا العلم ولو في الصين))، جمهور أهل العلم بالحديث قد حكموا على هذا الحديث بأنه ضعيف من جميع طرقه، وقد بسط الكلام في ذلك الشيخ إسماعيل بن محمد العجلوني رحمه الله في كتابه (كشف الخفاء ومزيل الإلباس عما اشتهر من الأحاديث على ألسنة الناس) في حرف الهمزة مع الطاء، وعزاه إلى البيهقي والخطيب البغدادي وابن عبد البر والديلمي وغيرهم، عن أنس رضي الله عنه، وجزم بضعفه، ونقل عن الحافظ ابن حبان صاحب الصحيح أنه باطل، كما نقل عن ابن الجوزي أنه ذكره في الموضوعات، ونقل عن المزي أن له طرقاً كثيرة، ربما يصل بمجموعها إلى الحسن، وعن الذهبي أنه روي من عدة طرق واهية، وبعضها صالح، وبهذا يتضح لطالب العلم حكم هذا الحديث، وأنه من الأحاديث الضعيفة عند جمهور أهل العلم، وقد حكم عليه ابن حبان بأنه باطل، وابن الجوزي بأنه موضوع.
أما قول الحافظ المزي رحمه الله: إنه له طرقاً ربما يصل بمجموعها إلى الحسن، فليس بجيد في هذا المقام؛ لأن كثرة الطرق المشتملة على الكذابين والمتهمين بالوضع وأشباههم، لا ترفع الحديث إلى الحسن.
وأما قول الحافظ الذهبي رحمه الله: إن بعض طرقه صالح، فيحتاج إلى بيان ذلك الطريق الصالح حتى ينظر رجاله، والجرح في هذا المقام مقدم على التعديل، والتضعيف مقدم على التصحيح، حتى يتضح من الأسانيد وجه التصحيح، وذلك بأن يكون الرواة كلهم عدولاً ضابطين، مع اتصال السند وعدم الشذوذ، والعلة القادحة، كما نبه عليه أهل العلم في كتب المصطلح والأصول، ولو صح لم يكن فيه حجة على فضل الصين وأهلها؛ لأن المقصود من هذا اللفظ: ((اطلبوا العلم ولو بالصين)) لو صح: الحث على طلب العلم ولو كان بعد المكان غاية البعد؛ لأن طلب العلم من أهم المهمات لما يترتب عليه من صلاح أمر الدنيا والآخرة، في حق من عمل به، وليس المقصود ذات الصين.
ولكن لما كانت الصين بعيدة بالنسبة إلى أرض العرب، مثَّل بها النبي صلى الله عليه وسلم لو صح الخبر. وهذا بيّن واضح لمن تأمل المقام، والله ولي التوفيق.
Maksudnya lebih kurang : “Hadith “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China”, kebanyakan ulama hadith telah menghukumkan hadith ini LEMAH dari semua jalan-jalannya. Telah menyebut dengan panjang lebar perkara ini oleh al-Syeikh Ismail Bin Muhammad al-’Ajluni rh di dalam kitabnya “Kasf al-Khafa’ Muzil al-Ilbas ‘anma Isytahara min al-Ahadith ‘ala Alsinah al-Naas” pada huruf Hamzah dan To’ dan beliau menisbahkan kepada al-Baihaqi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn ‘Abd al-Barr, al-Dailami dan selainnya daripada Anas ra. dan menetapkan kedhoiefannya (hadith tersebut). Dan dinukilkan daripada al-Hafidz Ibn Hibban, penulis kitab sahih bahasawasanya hadith ini adalah BATIL, sepertimana yang dinukilkan daripada Ibn Jauzi, bahawasanya beliau menyebut hadith tersebut di dalam al-Maudhu’aat. Namun dinukilkan pula daripada al-Mizzi yang mengatakan bagi hadith ini ada banyak jalannya, kemungkinan dengan himpunan jalan-jalannya itu ia boleh mencapai ke darjat Hasan. al-Zahabi pula mengatakan hadith ini diriwayatkan dalam sejumlah sanad yang lemah dan sebahagiannya soleh. Dengan ini menjadi jelas kepada penuntut ilmu hukum bagi hadith ini, yang mana ianya dari kumpulan hadith yang lemah di sisi kebanyakan para ulama. Ibn Hibban telah menghukum hadith ini sebagai hadith yang Batil dan Ibn Jauzi menghukum hadith ini sebagai hadith yang Palsu. Adapun pendapat al-Hafidz al-Mizzi r.h. yang mengatakan bagi hadith ini ada sejumlah sanad yang banyak yang boleh menaikkannya ke darjat Hasan adalah tidak tepat bagi hadith ini, ini kerana jalan (sanad) hadith yang banyak yang mengandungi para perawi pendusta dan perawi-perawi yang dituduh sebagai memalsukan hadith atau seumpamanya tidak dapat menaikkan hadith tersebut ke darjat Hasan. Adapun perkataan al-Hafidz al-Zahabi rh : “Sesungguhnya sebahagian jalan-jalannya adalah soleh (baik)”, perkara ini memerlukan maklumat kepada jalan yang soleh ini sehingga dilihat perawi-perawinya. Dalam situasi sebegini pentajrihan di dahulukan dari penta’dilan, dan pendhaiefan didahulukan dari pentashihan, sehinggalah jelas dari sanad-sanadnya bentuk pentashihan yang mana perawi-perawinya mestilah kesemuanya ‘Adil, Dhobith, bersambungnya sanad, tidak ada syaz dan tidak ada illah yang tercela, sepertimana yang telah dijelaskan oleh ulama di dalam kitab-kitab mustalah dan usul, dan kalaupun hadith ini sahih, ianya tidaklah menjadi hujah akan keutamaan negara China dan rakyatnya, kerana maksud lafaz hadith ini “Tuntutlah Ilmu walau ke negeri China” - kalau ianya sahih - adalah galakan dalam menuntut ilmu walaupun ke tempat yang sangat jauh, kerana menuntut ilmu merupakan perkara yang terpenting yang membawa kepada kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat bagi yang melakukannya, hadith tersebut bukanlah bermaksud kelebihan kepada negara China. Apabila China itu satu negara yang jauh dari tanah Arab, Nabi saw memberi perumpamaan kepadanya, (itupun jika) hadith ini sahih. Inilah yang jelas bagi sesiapa yang merhatikan perkara ini.”

Adakah sunnah tutup kepala waktu masuk tandas?

Soalan : Adakah satu tradisi untuk menutup kepala ketika memasuki tandas . Adakah ia Sunnah ? Saya mendengar bahawa ia telah di riwayatkan dalam Sunan al-Bayhaqî bahawa Rasulullah SAW telah melakukannya.

Jawapan dari Jabatan Komiti Kajian Fatwa – Dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî .

Ini merupakan satu amalan tradisi . tidak terdapat bukti yang Sahih dari Sunnah untuk menyokongnya.

Berkenaan hadith dari Sunan al-Bayhaqî tentang menutup kepala apabila masuk kedalam tandas , Hadith(status) adalah seperti berikut:

Hadith pertama:

`Â’ishah berkata: “ Apabila Rasulullah SAW masuk kedalam tandas , Beliau akan menutup kepalanya dan apabila mendatangi Isterinya , beliau akan menutup kepalanya.

Hadith di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan al-Dhahabî dalam al-Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#405).

Jalan periwayatannya seperti berikut:

`Abd al-Khâliq b. Alî al-Mu’adhdhin dari Abû Ahmad b. Hamdân al-Sayrafî dari Muhammad b. Yûnus al-Qurashî (al-Kudaymî) dari Khâlid b. `Abd al-Rahmân dari Sufyân al-Thawrî dari Hishâm b. `Urwah dari ayahnya dari `Â’ishah.

Setelah meriwayatkan hadith tersebut al-Bayhaqî sendiri berkata : “ Hadith ini adalah salah satu yang perlu ditinggalkan oleh kerana Muhammad b. Yûnus al-Kudaymî.”
Al-Bayhaqî kemudiannya menyatakan bahawa Ibn `Adî berkata tentang hadith ini : ‘ Aku tidak kenal orang yang meriwayatkannya selain al-Kudaymî dari sanad ini. Dan al-Kudaymî amat terkenal untuk perlu dipastikan bertapa lemahnya dia.

Al-Dhahabî juga berkata terhadap al-Kudaymî ketika meriwayatkan hadith ini : “ Dia dituduh sebagai penipu” [al-Muhadhdhab (1/104)]

Ibn `Adî berkata tentang dia : “Al-Kudaymî telah di tuduh memalsukan hadith”

Ibn Hibbân berkata :’ “ Kemungkinan dia memalsukan lebih dari 1000 hadith”. al-Dhahabî, Mîzân al-I`tidâl (4/74 #8353).

Al-Bayhaqî kemudian berkata: “ Telah diriwayatkan dari Abû Bakr menutup kepalanya ketika masuk ke tandas . Ini adalah satu perkara yang benar tentang beliau.”al-Sunan al-Kubrâ (1/96)]