Ana ingin bertanya tentang status hadis ini..
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”
Adakah betul ini hadis dari Nabi atau hadis maudhu’…?
Dan kalau dibolehkan bercakap semasa azan, adakah percakapan itu hanya untuk menjawab azan ataupun boleh bercakap berkaitan perkara lain ?
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr squid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Setelah merujuk kepada beberapa buku hadith, termasuklah al-Silsilah al-Dha’efah himpunan Syiekh Nasyiruddin al-Albani, saya masih tidak berjumpa dengan status hadith diatas. Walaubagaimanapun, saudara boleh melihat perbincangan didalam al-ahkam berkenaan tanggapan masyarakat bahawa tidak dibenarkan bercakap langsung ketika azan didalam SoalJawab dibawah ini :-
SJ - 3011: [Z] azan
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=19117
Selain dari isu diatas, Isu bercakap didalam azan yang disentuh oleh para fuqaha’ adalah muazzin tidak disukai bercakap sebelum selesai melaungkan azan. Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa sebahagian ulama’ membenarkan bercakap2 dengan muazzin yang sedang melaungkan azan, dan membataskan percakapan tersebut kepada perkara2 yang diperlukan sahaja dan dikalangan mereka yang membencinya secara mutlak. Imam al-Syafie rh. didalam Kitab al-Umm menyebut :
ولا أحب الكلام في الأذان بما ليست فيه منفعة للناس وإن تكلم لم يعد أذاناً.
“Aku tidak menyukai berkata2 didalam azan dimana ia tidak munafaatkan kepada manusia, dan jika bercakap tidak mengembalikan azan”
Didalam kenyataan yang lain, Imam al-Syafie rh menyukai muazzin hanya bercakap selepas selesai melaungkan azan.
———–
Menyentuh berkenaan dengan tugas makmum ketika azan dilaungkan ada adalah menjawab lafaz2 azan tersebut, dan ini merupakan sunnah Nabi saw sebagai hadith sahih riwayat Abu Sa’id al-Khudri ra. bahawa Nabi saw bersabda :-
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
“Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah ditanya mengenai mana yang lebih afdal; membaca al-Quran atau menjawab azan, beliau mengatakan :-
ولأن إجابة المؤذن سنة تفوت إذا استمر في القراءة ، والقراءة لا تفوت ، وقتها واسع . .
“Kerana sesungguhnya sunnah menjawab muazzin akan tertinggal jika seseorang itu meneruskan membaca al-Quran, sunnah membaca al-Quran tidak akan tertinggal, kerana waktu membaca itu luas.” [Soalan : 162, Majmu’ Fataawa Sheikh ibn Baaz, 4/178].
Kesimpulannya, tidaklah dilarang berkata2 semasa muazzin melaungkan azan, akan tetapi adalah menjadi sunnah menjawab azan apabila mendengarnya dilaungkan. Malahan ada dikalangan ulama’ yang mensyaratkan perbicaraan yang dilakukan pada waktu tersebut hendaklah berkisar perkara berkenaan solat semata2. WA.
wassalam
Tuesday, January 1, 2008
Hukum Lawat Website Blue
1.ada kemusykilan disini, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seorang muslim membuka laman web lucah yang menawarkan video lucah untuk didownload, yang saya kesalkan laman tersebut telah pun dibuka beberapa harini oleh orang melayu islam di Malaysia.
2. Apa hukumnya kiranya saya mengajak beberapa rakan ‘godam’ laman lucah tersebut untuk tujuan mengelakkan maksiat berlaku. Laporan ke hosting server iaitu syarikat webhosting Telekom tiada kesan padanya maka saya ingin buat cara tersendiri.
3. Apakah dosa orang yang bersubahat lebih besar dari orang yang melakukannya, kerana ramai user dari malaysia menyokong tindakan laman itu dibuka.
wassalam.
jawapan:
1. Hukum membuka laman web lucah ni adalah ijma’ di kalangan ahli ilmu dan ahli akhlak adalah suatu hukum yang maklum dan tidak memerlukan di buka AQ dan alKitab. Hatta kerajaan Cina yg menganut komunisme pun tidak membenarkan laman web lucah dibuka oleh warga Cina. Kelucahan tidak syak lagi meruntuhkan akhlak kemanusiaan.
2. Usaha menghapuskan kemungkaran ini dilihat kepada kekuatan kita. Jika kita mampu gunakan tertib yg dianjurkan oleh nabi saw: dgn kuasa, dgn lisan dan akhir sekali dgn hati), maka gunakanlah saluran sedia ada, spt lapuran polis, lapuran kepada Suruhanjaya Komunikasi, NGO, ISP, dsbnya
3. Orang yg melakukan dosa dan yg bersyubahat ni akan dikumpulkan dalam satu geng di Akhirat:
Dalilnya:
” kumpulkan orang2 yg dzalim dan kuncu-kucu mereka” AQT 37: 22
siapa yg lebih besar dosanya akan diketahui selepas Hisab.
sekian

Hukum FULUS MANIA
Hukum skim begini adalah haram tanpa syak lagi, kerana ia bersifat perjudian, iaitu :-
a) Iaitu membayar yuran tertentu melalui sms dan telefon sebagai yuran penyertaan, dan berharap nasib agar anda terpilih sebagai 100 peserta tercepat.
b) Jika terpilih, peserta diperlukan menjawab soalan tertentu pula yang terdedah kepada gagal menjawab atau berjaya bagi mendapatkan hadiah.
Kedua-dua unsur ini apabila dibuat secara berbayar dan bayaran itu boleh hangus, adalah jenis perjudian tanpa khilaf lagi.
Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) telah memutuskan bahawa membayar harga telefon atau SMS yang tinggi (lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan untuk memenagni sesuatu adalah haram kerana kerana judi.
Ia tidak sama dengan sms yang dinaikkan harga bukan untuk menyertai pertandingan untuk memenangi sesuatu hadiah kerana ia tiada unsur Judi dan tiada apa yang ingin dimenangi.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Subscribe to:
Posts (Atom)