~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Friday, March 7, 2008

Kau Tak Pernah Jauh

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

Dicapainya handphone lalu mendail nombor yang memang disimpan dalam handphone nya itu. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang kekecewaan yang bertakhta di hati. Hampir menitis keluar airmata membasahi pipinya. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Alina masih lagi pegun duduk di birai katil. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua daripadanya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang sentiasa bertamu pada waktu lunch tidak lagi menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.

Mata kecil itu menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepala Alina sehinggakan dia tidak menyedari wajahnya menjadi tamu mata kecil itu. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.


“Abang, kalau orang lain pinang sayang, macam mane?” mata Alina dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan matanya.

Amir hanya tersenyum melihat Alina keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Alina bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Sayang berhak untuk menentukan kebahagiaan sayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan sayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan sayang, abang terima dengan redha.”

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Amir. Alina kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Amir terhadapnya? “Kalau sayang kahwin dengan orang lain dan bukan dengan abang?”

“Abang akan doakan sayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Amir walaupun matanya menangkap kehampaan pada wajah Alina. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa..”

“Seksa?” Alina terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung yang melitupi kepalanya itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Adakah selama ini aku menyeksanya? Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia? Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama lima tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Alina yang sedang keliru “Iyer la.. Seksa menanggung rindu. Biar bakal suami sayang yang ganti abang tanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi yang selalu menjadi sasaran.

“Sakitlah.” Tangan lembut Alina mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada sayang lagi la tu, sampai nak bagi sayang pada orang lain.”

Amir tersengih, gembira melihat Alina tidak lagi bermuram. “Ok, sorry, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius.. Abang sayangkan sayang dan kasih sayang ini tidak akan pudar selamanya. Abang mohon sayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”

Terukir senyuman manis di bibir Alina. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Sayang dah tak perlu tanya pasal tu lagi. Sampai bila-bila pun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain tau.”

Tiba-tiba, semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam tadi hilang setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah mama yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapinya.

“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata-kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Abah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu Alina je yang berikan jawapan lambat sangat.”

Terjegil mata Alina mendengar butir kata itu. “Mama…”

Mama menarik tangan Alina dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi masa merisik.” Manik-manik kecil jernih yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Alina memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudah pun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Alina. “Mama… Amir…”

“Dengar Alina, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk Alina menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan Alina. Kami takkan salahkan Alina jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.

Alina berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu yang teramat sangat di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat dihentikan secara tiba-tiba. “Baiklah mama, Alina terima keputusan itu. Tapi, bersyarat…Alina takkan bertemu dengan bakal suami Alina sehingga pada hari perkahwinan.” suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.

Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.

‘25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Amir. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu tidak dijawab.

Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.

“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

“Amir, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”

“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya…saya…tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.

“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”

“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”

“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang. Berikan abang masa untuk abang…”

“Stop it Amir! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.” Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu membuatkan Amir hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.

Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

“Ooo anak dara tak laku…” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”

“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.

“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.

“Wah, Tahniah. Amir tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Amir? Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Amir lagi.”

Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang lain.”

“Hah, kenapa?”

“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga, harus dijaga.”

“Habis Amir macam mane? Dia dah tau ke?”

“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku…”

“Yes. What ever you want, just give an order.”

“Tolong rahsiakan hal ni dari Amir.”

Ketulan batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran yang tension dengan kerja yang bertimbun.

“Hai tak puas lagi ke nak cipta tension island tu?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenalinya.

“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak, mau aje aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Amir mencangkung bersebelahan dengan Hairie. “Angah, aku ada cerita sedih la, nak dengar tak?” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.

“Cerita pasal kau atau orang lain?” Amir langsung tidak marah dengan panggilan kata nama kau dan aku itu. Walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

“Pasal aku la..” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Amir mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya. Sekurang-kurangnya ada seseorang mendengar rintihannya dan akan membantu mencari penyelesaian.

Hairie turut bersimpati setelah mendengar cerita Amir. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan sedia membantu. Amir banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia putus cinta, Amir lah yang memberikan semangat dan nasihat.

Baginya Amir adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Amir tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Amir hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Alina. Dia mengagumi Amir kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Amir tetap merindui Alina.

“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa kot..” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

“Hish, aku kenal mama dia macam mane. Aku pernah jumpa mama dia. Mama dia baik je dengan aku. Macam dia berkenan je aku jadi menantu dia..” sejak diketemukan oleh Alina, Amir kerap kali menziarahi Puan Zanariah yang dianggapnya seperti ibunya sendiri.

“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”

“Yup.”

“Kita tunggu jawapannya selepas ini…hahaha…”

“Hotak kau, aku serius, kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Hairie, hampir terjatuh dibuatnya.

“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.”

“Jumpa dia?” Hairie mengangguk.

“Tanya dia?” Hairie mengangguk lagi.

“Kau tolong aku..” Hairie melirik mata. Memang dia sudah mengagak yang Amir akan minta pertolongannya.

Titisan air jernih di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan perlahan-lahan turun jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Hairie yang duduk berhampiran dengannya.

Alina mengangkat kening yang seolah-olah bertanya, namun dibalasnya dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Hairie mengangguk tanda akur. Tiba-tiba ketika dia mula mengorak langkah, terdengar salam dari suara yang amat dikenalinya.

“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.

“Waalaikumussalam.” Amir duduk kembali di tempatnya setelah Alina duduk berhadapan dengannya. “Alina nak makan apa?”

Alina menggeleng kepalanya. “Takpe, saya dah makan sebelum keluar tadi.”

Senyuman mula mekar di bibir Amir. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Saya datang bukan nak tengok awak senyum. Hairie cakap awak ada hal nak cakap dengan saya. Apa hal?”

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna biru dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan dengan kelakuan gadis di depannya itu. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

“Awak, saya tak boleh lama ni, saya datang dengan mama saya nun.” Amir Asyraf turut berpaling ke arah hala kepala Nur Alina berpaling. Di kejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zanariah kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Amir Asyraf.

“Alina, saya cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan kita.”

“Bukankah saya dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Saya tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk saya. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Amir. Terkedu melihat Alina berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.

Langkah laju Alina bersama Puan Zanariah diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Alina berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Alina terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendiriannya kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Amir pulang dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu diubati dengan ungkapan ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana. Perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

Mungkin bukan jodoh, namun namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan agar nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.

Bunyi handphone yang membingitkan itu terhenti apabila Amirah yang berumur tiga tahun lebih mengangkat gagangnya. Amirah dengan percakapan telornya berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Kak Nana tepon. Owang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana.

“Hello.”

“Nana. Aku ni. Kau sihat?”

“Oh, Abang Amir. Sihat. Abang Amir camne?”

“Demam, sakit, semua penyakit dah berjangkit kat aku..”

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”

“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”

Serba salah Nana dibuatnya. “Sebenarnya…sebenarnya,dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Amir faham dan berhenti memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. ‘Dah nak kahwin’ Tidak!! Hmm…Semoga kau berbahagia Alina.

Kurang 24 jam lagi dirinya akan menjadi tunang orang. Hatinya resah memikirkan kekasihnya yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan yang disayanginya itu menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Ya Allah, aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk melawan takdirMu. Fikiran Alina melayang-layang dan wajah kekasihnya itu masih terbayang-banyang diingatan. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata namun, resah di hati menggagalkan dia melelapkan mata.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapainya handphone di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”

“Saya cuma tanya satu soalan saja.” Walaupun gugup, namun diatasinya supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan saya lagi ke?”

“Maaf Cik Nur Alina, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Alina mendengar jawapan yang diluahkan. Namun, ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oo ya, tahniah! Awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”

“Amir, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Amir terharu, namun kata-kata itu tidak berguna kerana Alina akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la tuu, cintakan saya, sayangkan saya, tapi kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?”

Air mata berderai, hanya itulah yang mampu untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Amir ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada orang yang bukan tunangnya.

Setelah seminggu berlalu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Apatah lagi dengan memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kelak. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suaminya.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.

Semasa menanti majlis pertunangan, perasaan kalut menguasai jiwa. Masakan tidaknya tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.

Kepalanya seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Perasaannya berdebar-debar turut melanda jiwanya ketika itu. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Suriani itu disambutnya dengan senyuman yang mengindahkan wajahnya.

Puan Suriani mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Alina akibat dikucup oleh bakal mertua. “Alina, tahniah. Semoga Alina serasi dan bahagia bersama anak mak.”

Diraba dahinya kedinginan masih lagi terasa. Dia seakan-akan berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Amir. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Amir, Alina sayangkan Amir.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata abahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan abah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan abah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksananya. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Amir..

Keriuhan suara orang bertandang menghingarkan majlis perkahwinan. Alina duduk berteleku di birai katil bersama Nadia yang setia menemani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menitis dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Nadia cuba memujuk Alina supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di sebalik keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Alina cuba sedaya yang boleh untuk memaniskan rupa. Namun disudut hatinya terselit rasa rindu terhadap Amir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. “Selamat tinggal Amir, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Amir Asyraf bin Muhammad.” Tersentak Alina mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

“Saya.” Jawab pengantin lelaki. Nadia yang berada berhampiran dengan Alina turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

Setelah selesainya akad nikah, Alina dengan sahnya telah menjadi isteri Amir.

Amir melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin bagi memenuhi adat membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam. Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.
Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!”

Luahan kata dari insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang dikepalanya pada waktu dia terkejut tadi. Alina bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat sayang camni..”

Amir terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung lagi, malula orang tengok ni.”

Berterabur tawa mereka berdua ketika menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Alina berasa bahagia di samping suami yang penyayang dan amat memahaminya. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.
“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok sayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga sayang pada abang yer.”

“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan sayang.” Alina menjeling wajah selamba Amir.

“Sebenarnya, abang pun tak tau yang mak datang pinang sayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Amir. “Kira abang pun dah kena tipu dengan mak, mama dan abah.”

Alina tertawa bersama Amir. “Masa abang bagitau sayang yang abang tak sayangkan sayang tu macam nak gugur jantung sayang tau.Sekarang ni abang sayang ke tak?”

“Mestila sayang.. Tambah-tambah dah ade ni…” Amir mengusap lembut perut isterinya. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua-dua mereka. Alina turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.

(^__^) **the story done at 12.17pm**

Air Mata Malam Pertama..

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti”Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.

Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”.Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”

“Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?”Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

“Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu.

“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.”Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”;

“Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

“Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.

“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.”Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.

Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

“Abang nak kemana tu?”Soalku.

“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi.”Jawabnya.

“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan.

“Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

“Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.

“Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

“Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

“Apa nak malu,
kan sayang ni isteri abang.”Jawabnya tersenyum.

“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”

“Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat.

“Ish..;gatal la abang ni!” Dia
cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

“Apa yang Ana menungkan ni?”Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

“Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.

“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

“Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

“Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.

“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

“Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

“Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

“Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”

“Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”

“Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

“Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.

“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

“Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.”

“Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

“Habistu apa yang sayang menungkan ni?”

Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

” Pasal peminangan tu.” Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab
Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

” Kenapa pula macam tu?
Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.

Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku.

“Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

“Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

“Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

“Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku
cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.

” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku
cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”

Rasulullah bersabda:

“Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”

Rasulullah bersabda:

“Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

“Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

“Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

“Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

“Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..”

“Zul sakit ke?” Tanya ayah.

“Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya.

“Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.

“Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

“Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.

“Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”

“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

“Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

“Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

“Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea”

“Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.

“Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin..

Seruling Senja
4 Mei 2003
4.08 pagi
G 1.3 Kolej Bilal
Uia Gombak.

MENCARI atau MENJADI?

 

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.


Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Tuesday, March 4, 2008

Kisah Rumput & Orang yang disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang

 

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua…khususnya wanita…

25 sebab suami ‘mental’!

Artikel ini dihantarkan oleh saudari IyzA. Sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik, anda boleh hantarkan kepada

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

20 Sebab Lelaki Tak Kawin-kawin

1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Monday, March 3, 2008

7 Tips Beraya ke Rumah Si Dia



Even sekarang ini dah habis raya dan segalanya, atleast tips ini boleh digunakan ketika anda hendak ke rumah bakal mertua anda. Dan tidak lupa juga kami, Mr Teddy dan Mrs Teddy, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua warga Tentang Cinta.

Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju. Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!

Tip 1: Jaga Penampilan

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.

Tip 2: Bawa Teman

Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.

Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya

Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.


Tip 4: Jaga Adab Sopan

‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

Tip 5: Bersikap Ramah Mesra

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!

Tip 6: Murahkan Senyuman

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ pulak!

Tip 7: Sediakan Buah Tangan

Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!

20 perkara yangg membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Pada hari Sabtu dan Ahad (16 & 17 Feb2008) yang lepas, saya berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam yang dianjurkan oleh Kuliyyah Kejuruteraan UIAM bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Selangor. Ianya dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak.

Mungkin ada di antara anda fikirkan yang saya ini sudah berkahwin, tetapi yang sebenarnya, saya belum lagi berumahtangga tetapi insyaAllah saya akan berusaha untuk berkahwin dan hidup bersama-sama dgn si dia sehingga akhir hayat kami. Tak sabarnya saya rasa.. Hik3.

Tujuan saya menulis artikel mengenai kursus pra perkahwinan ini adalah, saya ingin berkongsi dengan anda semua kenapa kita patut mengikuti kursus ini. Setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua hari.


Kursus ini adalah wajib dan penting kerana kita akan belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri apabila sudah berumahtangga nanti. Kita juga akan belajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah contohnya.

Bukannya senang nak kahwin ni. Macam-macam tanggungjawab dan perkara yang perlu kita pikul. Dan macam-macam prosedur yang perlu kita ikuti sebelum boleh menjadi seorang suami isteri yang sah.

Itu sebabnya jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal pengantin. Bagi saya, memang patut kursus ini diwajibkan. Jadi dapatlah bakal-bakal suami isteri ini bersedia dan tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin.

Mungkin ada dikalangan anda yang merasakan kursus ini membosankan. Ye la, dah nama pun kursus kan… Tetapi kursus yang kami ikuti ini tidak membosankan kerana penceramah-penceramah yang hadir sangat-sangat sporting dan open. Diselitkan dengan lawak jenaka dan gaya ceramah yang pelbagai menyebabkan kami semua tergelak geli hati apabila mendengar ceramah yang diberikan.

Gelak-gelak juga tetapi apa yang penting adalah isi yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Sekiranya anda belum lagi mengambil kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal kalau mengikuti kursus ini (lagipun kan ia nya wajib diambil sebelum boleh bernikah). Dan sekiranya anda sudah pun mengikuti kursus ini, bila nak kahwin?

Cerpen: Pilot

Tinggal Esok

Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.

Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.


Roaming Card

Harper Bazaar aku capai. Tak senonoh betul Britney tak berbaju. Dahlah perut bulat macam belon angin.Aku menggelengkan kepala. Lima belas magazine aku angkat sekali. Kerusi plastik aku tarik menggunakan kaki. Perlahan-lahan aku panjat. Harper Bazaar lama aku keluarkan. Yang baru aku sorongkan ke dalam rak. Tiga je aku capai dan campakkan ke atas meja kayu. Ija di bawah terkejut. Sambil mengurut-ngurut dada, makcik yang sorang tu mengomel macam mak nenek. Aku diatas ketawa terkekek-kekek.
Belum sempat turun dari kerusi, Kak Non muncul. Dengan muka serius dan garang. Nama aku dipanggil.

Terkebil-kebil aku memandang assistant supervisor yang jarang tersenyum tu. Aku turun dari kerusi. Rasanya minggu ni aku tak ada lagi buat salah. Semenjak kena marah sebab pandai-pandai guna cash register, aku tak berani lagi nak tunjuk pandai. Dekat dengan kaunter pun aku tak berani. Lagi rela menjerit atau berlari berbatu-batu memanggil budak-budak yang lain. Kak Non jalan mendada. Lurus. Macam orang berkawat. Sampai dikaunter, dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi manakala aku hanya mengendeng ditepian. Tak berani nak dekat-dekat.

“Kau pandai guna roaming card tak?.” Kak Non mencapai beberapa keping kad dari dalam laci. Salah satu disuakannya tepat didepan mata aku. Roaming? Apa benda menatang tu? Aku geleng. Rasa bodoh sangat. Maklumlah, ini pertama kali aku bernafas sendiri lepas habis SPM. Kalau tak sebab kerja ni, mungkin aku masih lagi memerap bawah ketiak mak. Sampai hangit. Sampai masam kot. Kak Non hela nafas. “Ish..benda ni pun tak tahu. Macam kad telefonlah.” Bangang! Aku tambah sendiri. Entah. Terasa ada aura setiap kali Kak Non hela nafas. Macam ada makian dalam tiap kata yang dia tuturkan.

Si Selekeh

Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.

“Give me one roaming card please.” Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.

Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.

“Yes..yes sir. We got it.” Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

“Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?.” Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

“Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran. “Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.

Perlanggaran Kenyal

Pagi tu sepatutnya Kim yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel Sophie Kinsella aku susun cantik-cantik. Confession of A Shopaholic aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi bookworld kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong. Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati

Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man. Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Syuhada. Dah pandai berlagak dengan Kak Non. Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega. Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.

Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Non? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini. Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.

“Alamak! Maaf encik.” Aku buat muka puyu.

“It’s okay.” Jejaka itu bangun. Mengibas-ngibas seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?

Aku kalih wajah ke kaunter. Tersengih seayu mungkin ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.

“Saya tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak.” Aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia turut membantu. Tersenyum.

“Pernah angkat ke anak badak?.” Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.

Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…

“By the way, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia?

Pilot dan Wan

Ingat lagi si selekeh? Rupa-rupanya pilot handsome yang aku terlanggar tu si selekeh. Patutlah waktu dia bangun ada satu bau wangi yang aku cam. Satu hari lepas balik kerja, tengah aku berdiri macam tiang bendera. Seseorang menghampiri. Baru je nak buka langkah silat cekak yang aku belajar waktu sekolah rendah dulu, dia dah surrender dulu. Siap angkat bendera putih. Yakni topi dia tu. Si selekeh ajak makan Mc Donald, dia belanja. Teringat pula cakap mak. Jangan pandai-pandai ikut orang yang tak kenal. Dari sekolah rendah sampai dah besar melangut ni, aku tak pernah tak dengar cakap mak Jadi bila si selekeh mengajak, cepat-cepat aku menggeleng. Macam budak kecil kena paksa makan sayur.Naik pelik orang tu bila aku menolak.

“Come on Syuhada. I nak belanja makan jek.” Topi pilotnya ditanggalkan. Zip beg sandang warna hitam yang tertera lambang Mas ditariknya.

“Mana tahu nama saya Syuhada?.” Aku pandang dia dengan muka hairan. Dia ni pilot ke ahli nujum?

“Adalah..kalau nak tahu jom pergi Mc D.” Topi sudah selamat masuk ke dalam perut beg.
Aku geleng lagi.

Dia garu kepala. Tiba-tiba dia tersenyum. “Ajak Kim sekalilah.” Aku angkat muka. Kim? Mana dia kenal Kim? Haa..ni mesti Kim yang bagitahu ni.

“Tak yah ajak Wan.Kau tak cakap pun aku dah boleh dengar.” Kim ketawa dan menepuk-nepuk bahu si selekeh yang namanya…Wan?

Hakimi Izzatie. Sekali pandang memang macam lelaki. Dua kali pandang baru boleh cam dia tu perempuan. Dahlah nama pun Hakimi..nasib baik ada Izzatie. Kim menarik tangan aku. Menggenggam erat dan dengan paksaan, tanpa rela, aku menapak bersama dua orang makhluk Tuhan yang tak bertamadun. Selamba kodok tarik-tarik orang. Nasib baiklah kau tu kawan aku Kim, kalau tidak….

Stewardess

Petang-petang macam ni, kalau dapat melanguk tepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di playground. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai Honda warna biru peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam.

Elok nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.

“Hai,rosak ke?.” Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.

“Aah..I pun tak tahu what’s wrong with my car tapi I dah call dah my bf. He’s on the way.” Aku mengangguk laju. Hantamro je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.

“Kerja apa?.” Mulut aku ramah-tamah bertanya.

“Stewardess.” Wow..I can see that. Patutlah you ni bergaya habis!

“You?.” Emily bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.

“Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U.” Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Emily. Izwan. Si selekeh. Izwan. Pilot handsome.

Part-Time Girlfriend

Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.

“Apsal kaki tu seret macam siput sedut?.” Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.

“Saje..” Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.

“Hm..rindu..” Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

“Jadi gf saya.” Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.

“Haa??Emily tuh??.” Izwan sengih. “Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf.” Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

Bakal Menantu

Mama Izwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Emily kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka. Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Izwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Izwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.

“Tell me that’s not true.” Emily teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.

Izwan angguk. Datin Norlia berubah wajah. Dah macam naga nak semburkan api. Muka dia..eiii merahnya!!

“For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??.” Datin Norlia terduduk. Emily disebelah ditenangkannya.

“Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Emily tu. I’m over her!.” Izwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.

Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Izwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel. Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.

“Mengantuk..nak tidur.Dah sampai kang kejut.” Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Izwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.

Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Izwan belai perlahan rambut hitamku.

Sejarah Hidup Izwan

Kata Kim, Izwan terlalu sayangkan Emily. Sebab Emily juga dia jadi serabut. Ohh..patutlah pertama kali jumpa dia..sungguh selekeh! Macam orang yang dah berabad tak mandi..eh tak mandi?? Tak..tak..tukar. Macam orang yang dah berabad tak trim rambut. Hishh..baik tak payah sayang kalau dengan sayang orang dia jadi serabut. Kim tepuk tempurung kepala aku.Rasa bodoh sekejap lepas kena hentak. Kim kata Emily tinggalkan Izwan sebab seorang mamat Perancis. Puas dipujuk suruh balik Malaysia, tapi Emily tetap degil. Berbulan-bulan hidup Izwan tak terurus. Asyik terkenangkan Emily je. Emily itu..emily ini.Eh..kejap..apasal Kim terer sangat pasal sejarah hidup Izwan???

“Aku kenal dia pasal kakak aku stewardesslah..”

Oooo..aku membulatkan mulut sambil mengangguk-angguk macam burung belatuk.

“Izwan dengan Emily tu hot couple.Sorang pilot sorang stewardess.”

Oooo..aku angguk lagi. Kali ni siap tersengih. Emily memang lawa apa.Tak mustahiller gossip hangat boleh tersebar meluas.

“Dah tu??.” Aku pandang Kim. Kim pula toleh ke arah aku. Mulut dia sibuk meniup-niup Nescafe panas dari cup polisterene.

“Dah tu..sekarang ni Izwan dah malas nak layan dia dah. Izwan kata dia tak ada hati dah.”

Tak ada hati?? Eleh..kalau tak ada hati pasal apa dia amek aku buat jadi part-time gf?? Bukan sebab nak buat Emily jealous??

Aku garu kepala. Mula atur langkah ke rak magazine. Ada sesuatu yang perlu Izwan jelaskan pada aku.

Food Garden

Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.
Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur. “Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.

“Kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.

“Hm..tanyalah.” Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?

Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

“Kenapa suruh saya jadi part-time gf?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

“Sebab…”

“Sebab….”

Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…
“Saje..” Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..

Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.

Terbang Ke Langit

Sesungguhnya dari Kim, aku dah faham tujuan sebenar Izwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan tray dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka super serius, dia boleh buat lawak bangang. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Kim buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.

“Dia suruh sebab nak buat Emily stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Emily tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Emily.”

Wan ni baik betul dengan Kim..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?

“Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?” Erkk..Kim boleh baca otak aku?? Hebat!

Aku tersengih-sengih. Kalau Kim tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.

“Tak ada apa-apa.” Bohong sunat!

“Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap.”

Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!

“Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya.”

Ayat terakhir Kim buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.

Terakhir Kali

Esok hari last, hari terakhir aku di Bookworld. Mak redha aku dapat belajar dekat Aussie. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Izwan, sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum. Sejak Izwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.

Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.

“Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Syuhada tapi make sure cita-cita tu capai dulu.” Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??

Izwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??

“Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry.” Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?

“Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Syuhada ni dah besar sikit.”

Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Izwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…

Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.

Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.

“Jumpa after kerja. Dekat gate five.” Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.

Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Izwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.

“Syuhada..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

“Tapi? Ni ros untuk siapa?.” Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.

“Untuk awaklah.” Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..

Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Izwan masukkan sebentuk cincin emas putih, kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima. Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan.

“Awak tak mimpilah cik Syuhada oii..” Jari jemari aku dicapainya.

“Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Syuhada montel orangnya.” Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.

“Cincin apa ni??.” Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Australialah!! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam hati suka..

“Cincin kahwin.” Izwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.

“Bila masa saya nak kahwin dengan awak?.” Aku buat muka toya.

“Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Syuhada tak nak terima, nanti dah sampai Aussie pos balik dekat Wan okey.”

Izwan berlalu meninggalkan aku, cincin dan ros putih.

Penamat

Benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Lepas tu ambil spray air, sembur muka. Biar cair semua mekap-mekap ni. Biar basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu. Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak taruk aircond dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti. Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.

Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri. Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata. Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??

Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni?? Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..

“Wan sayang Adah.” Tutur Izwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.

Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Izwan.

“Ada call.” Mak cemas. “Katanya pasal Izwan.”

Sebaik sahaja mendengar nama Izwan, aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!

“Adah…” Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Izwan menangis terbayang jelas dimata.

“Izwan dah tak ada! Flight latihan yang di bawa dia terhempas.”

Ya ALLAH! Saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku meninggalkan jasad. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku teresak-esak. Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Izwan menghantar aku di airport dan aku berpura-pura memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di Aussie, aku segera menelefon Izwan, Izwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di Aussie membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.

Lima tahun yang menduga kami..lima tahun..dan kini dalam tempoh lima hari… Izwan pergi menyahut seruan ilahi. Perlahan-lahan aku renung cincin putih yang tak pernah aku tanggalkan dari saat Izwan sarungkan ke jari manis ini…