~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Friday, November 2, 2007

Apakah itu Bid'ah Dhalalah?

Mengikut Imam asSyatibi (alIktisam): Bid'ah Dhalalah ialah yang mencipta sesuatu yang baru yang tidak ada contoh sebelumnya; cthnya : kehidupan seperti paderi, rahib dan sami; membuang testis untuk selamat dari zina; beribadah dibawah panas terik matahari; pesta harijadi, binaan atas kubur; tawaf mengelilingi kubur; dan lain-lain. Mengikut Imam alBanna (majmu' rasail) : amalan yang tidak ada dalil syara' (baik dari alqur'an, sunnah, ijma' atau se cara istimbat dalil muktabar);

Manakala bid'ah lain digolongkan dalam Bid'ah Idhafiah (Bid'ah tokok tambah; yakni amalan itu ada dalil tapi orang 'modified'.) Bid'ah Idhafiah inilah yang banyak orang keliru; orang yang extrim akan mengatakan apa jua bid'ah sebagai sesat atau dhalalah; ada yang golongkan sebagai khilafi; ada kata sebagai bid'ah hasanah (bid'ah yang baik)

Contohnya nas baca tasbih selepas solah 33 kali, tapi dia baca 100 kali atau 75,000 kali. Membaca surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat; membaca 'sadaqallah' setiap kali selesai membaca alqur'an; mencium dan menjunjung alquran; membaca wirid selepas solah secara berjama'ah. Tapi mengikut al Banna, bid'ah idhafiah ini termasuk dalam khilaf fiqhi (perselisihan feqah).

Berbalik kepada aktiviti bersalaman setiap kali selesai solah berjama'ah lima waktu. Saya mengkategorikan sebagaai bid'ah idhafiah bukan bid'ah dhalalah atau hakikiah. Perbuatan salam itu ada nas syara' tapi ia telah di 'modified' yakni dibuat secara berlebihan dan secara konsisten; Dalam Islam, salam ini berlaku bila berta'aruf (berkenalan), pertemuan setelah kembali dari musafir melebihi tiga hari; dan perpisahan; manakala bersalaman secara konsisten selepas solah adalah bid'ah idhafiah yang tidak berlaku dizaman RasuluLlah saw. Mereka yang telah memperkenalkan amalan ini beranggapan persalaman yang kerap ini akan memperiratkan hubungan kasihsayang.

Adakah wajar menghentikan amalan ini bila berlaku ditempat kita?

Di sini para pendakwah kena cermat dan berhati-hati.

Wallahu'alam

No comments: