Bil Jika bermimpi: Ta’bir
1 Air sungai itu hening. Alamat lepas daripada dukacita.
2 Air sungai itu keruh. Alamat bertapa.
3 Sungai tiada berair. Alamat kesakitan dalam negeri itu.
4 Telaga banyak airnya. Alamat jadi penghulu dan rezekinya pun murah.
5 Lebah bersarang di dalam telaga atau ianya jatuh di dalamnya. Alamat dipermulia orang akan dia.
6 Mandi dalam sungai. Alamat akan beroleh rahmat.
7 Menyelam di dalam sungai yang sejuk airnya. Alamat beroleh nikmat dunia dan akhirat.
8 Berenang di dalam sungai ataupun di dalam laut. Alamat kerjanya tiada akan menjadi.
9 Air sungai atau laut jadi tawar atau manis. Alamat luput daripada bahaya, dan beroleh harta.
10 Naik kapal atau jong atau perahu. Alamat lepas daripada bahaya, dan beroleh kebajikan.
11 Ombak besar atau naik ke rumahnya. Alamat akan hendak beroleh isteri.
12 Air hangat. Alamat akan dukacita.
13 Susu lagi banyak airnya. Alamat jadi penghulu atau beroleh harta.
14 Mandi. Alamat lepas dari kesukaran dan beroleh sentosa.
15 Mengambil air sembahyang. Alamat sempurna barang kerjanya, dan dianugerahkan Allah Taala akan dia.
16 Minum air zam-zam atau kausar. Alamat beroleh sejahtera dunia dan akhirat.
17 Minum arak. Alamat beroleh harta atau pun beroleh ilmu.
18 Air laut bercampur darah. Alamat negeri itu kesakitan tetapi tiada mengapa.
19 Berenang tiada boleh atau lelah yang amat sangat ke tempat yang sangat payah. Alamat beroleh harta atau ilmu.
20 Air sungai itu hilir mudik. Alamat beroleh harta.
21 Membubuh minyak kepada kepalanya. Alamat lepas daripada penyakitnya.
22 Berjalan atau berlari. Alamat dipermulia orang akan dia dan barang perkataannya pun dituruti orang.
Monday, November 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment