~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Thursday, December 27, 2007

Hadith Pokok Menangis

Soalan
ssalamu’alaikum warahmatullah Ustaz Abdul Kadir. Mintak Ustaz dapat terangkan cerita tentang pokok yang menangis kerana dia tidak digunakan lagi oleh Nabi saw untuk berkhutbah. Benarkan cerita ini ?
Jawapan :

Cerita yang saudara maksuddkan terdapat di dalam sebuah hadith yang sahih seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya. Ia merupakan antara hadith yang menceritakan tentang mukjizat Nabi saw. Hadith tersebut ialah :

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي أَخِي عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي حَفْصُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ كَانَ الْمَسْجِدُ مَسْقُوفًا عَلَى جُذُوعٍ مِنْ نَخْلٍ فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ يَقُومُ إِلَى جِذْعٍ مِنْهَا فَلَمَّا صُنِعَ لَهُ الْمِنْبَرُ وَكَانَ عَلَيْهِ فَسَمِعْنَا لِذَلِكَ الْجِذْعِ صَوْتًا كَصَوْتِ الْعِشَارِ حَتَّى جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهَا فَسَكَنَتْ


Maksudnya : Jabir bin Abdillah r.a. berkata : “Adalah diperingkan awal masjid Nabi saw dibuat daripada potongan-potongan tamar yang dibuat tiang. Adalah Nabi saw apabila berkhutbah baginda berdiri di atas salah satu potongan tamar yang ada. Apabila dibuat mimbar, Nabi saw berdiri di atas mimbar (tidak lagi berdiri di atas potongan pohon tamar tersebut). Lalu kami mendengar dari potongan pohon tamar tadi suara teriakan seperti suara unta betina yang hampir beranak. Lalu Nabi saw datang kepadanya dan meletakkan tangan baginda di atasnya, lalu iapun senyap.”


Di dalam riwayat daripada Abdul Wahid bin Aiman dinyatakan : “Maka potongan pokok tamar itu teriak seperti teriakan budak kecil” Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam islam-online menyatakan riwayat ini adalah riwayat yang mutawatir. Iaitu satu riwayat yang datang dari jalan yang banyak yang memustahilkan untuk berlakunya pembohongan. al-’Allamah Taaj al-Dien al-Subki (العلامة تاج الدين السبكي) berkata : “Hadith tentang Hanin al-Jaz’ie (حنين الجذع) adalah mutawatir, kerana ia datang dari sekumpulan sahabat, yang hampir dua puluh orang yang menceritakannya. Ianya dari jalan sahih yang banyak yang menatijahkan kepastian berlakunya.” Demikianlah juga berkataan al-Qadhi ‘Iyadh (القاضي عياض) di dalam al-Syifaa’ (الشفاء) : “Sesungguhnya riwayat ini mutawatir.”

No comments: