Saturday, October 27, 2007
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan,syirik
ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka
selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari
baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah
dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih .... Kalau kawan-kawan nak tahu
bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh
hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...
harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang
haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan
beramal soleh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment