Satu kisah di dalam syurga.....
> "Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh
kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."
>
>Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
>
>"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek
kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai
adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai
digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu
wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang
lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih
gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu
rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr
kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita
itu bukan lemah, tp senjata."
>
>Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan
lagi...
>
>"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
>
>Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
>
>"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi
pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd
siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan
pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal.
Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg
menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH
lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara
Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga. auratnya kerana disitu lah kehormatannya.
Sesungguhnya para wanita-wanita syurga
bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pd para
suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan
wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu,
kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan
fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa'
sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya
wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari
ribuan lelaki yg soleh."
>
>Adik masih x puas ati.
>
>"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
>
>Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!
>
>"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng
diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun
>adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri
mereka dr perbuatan murahan itu."
>
>Adik garu2 kepala.
>
>"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"
>
>Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik
moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini.
Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku.
Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg
beriman itu untuk menutupi aurat mereka,
dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita
yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai
mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd
akhlaknya...
>
>Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita
yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn
dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm
hati2 mereka, tetap ada satu permata indah...
perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta
pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku,
mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd
jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2
term solehah itu terasa berat di bahu mereka...
Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi.
Sunday, October 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment