~Bingkisan Hati~

"..rahsia hati tak siapa tahu..tapi jika naluri dapat rasakannya,maka rahsia itu terbongkar jua.."

Adakah blog ini membantu anda..?

Wednesday, October 24, 2007

Soal Jawab malaikat !

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap
anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan
lebih berkuasa
dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak
Adam melakukan dosa
maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya
pada malaikat di
sebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di
sebelah kanan,
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia
melakukan 5 kesalahan."
Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia
telah melakukan 5
kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab
malaikat kanan,
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
kami telah diberitahu
oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala. Oleh itu
hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai
tebusan dan kami masih
simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu
berkata, "Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat
Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya
hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan
dunia.
Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are
Said".

No comments: